1. Lelaki
biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka
lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.
2. Lelaki
amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.
3. Apa yang
sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan
paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.
4. Lelaki
akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti
mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.
5. Apabila
lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan
semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.
6. Lelaki
akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada
mereka.
7. Lelaki
sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.
8. Lelaki
amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki
mereka.
9. Seorang
lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka.
10. Apabila
seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan
mereka benar-benar serius.
11. Lelaki
juga akan menangis.
12. Lelaki
akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah
kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.
13. Jangan
sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak
ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan
berusaha untuk mendapatkan jawapan.
14. Lelaki
akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.
15. Lelaki
akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.
16. Apabila
wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi
esok..’
17. Lelaki
amat sayang ibu mereka.
18. Lelaki
sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita
beberapa kuntum bunga ros.
19. Lelaki
amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang pendengar yang setia.
20. Adalah
lebih baik anda menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum
mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.
21. Lelaki
lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.
22. Lelaki
amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.
23. Lelaki
tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya
kawan lelaki.
24. Apabila
lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang
mereka berikan tidak disukai.
25. Lelaki
lebih banyak berfikir.
26. Imaginasi
lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.
27. Ketinggian
wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka.
28. Sukar
untuk lelaki untuk melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta
melebihi 3 tahun.
29. Lelaki
tidak sukakan wanita yang materialistik.
30. Lelaki
memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat
daripada kekasih mereka.
31. Apabila
lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia
amat penting.
32. Lelaki
lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.
33. Jangan
sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda.
34. Lelaki
belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar
mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.
35. Lelaki
paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun
hubungan mereka hanya sekadar kawan.
36. Lelaki
akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang
kedua.
37. Lelaki
tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.
---> haaaa mismell copy n paste dr mr wiwy sbb die amik drik blog mana xberapa nk sure..maaf lah yer pd tuan empunya..sharing is caring!(^_^).tp kan yg musykilnyer,btul ke sbb mr wiwy kata 80% btul..what ever! (mata ke atas tgn di bahu)
















